PENGENALAN PROGRAM
Program ini diketuai oleh seorang Ketua Program DH44 dan mempunyai kekuatan seramai 13 orang pensyarah termasuk dua orang yang sedang menyambung pelajaran. Program ini dilengkapi dengan lima buah bengkel iaitu tiga Bengkel Pemasangan, satu Bengkel Teknologi Elektrik dan satu Bengkel Elektronik. Makmal Komputer digunakan secara gunasama untuk kursus Asas Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD).
Pada tahun 2010, Program Teknologi Elektrik mula menawarkan program secara modular yang dikenali sebagai Program Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Pemasangan Elektrik (PE). Ambilan Januari 2010 adalah yang terakhir untuk pelajar Sijil Teknologi Elektrik (STE) manakala Ambilan Julai 2010 dibuka untuk SMK Pemasangan Elektrik yang pertama (PE1). Ambilan November pula dibuka untuk PE1 dan PE4. Berikut adalah pakej SMK PE yang lengkap:
KOD | Sijil Modular Kebangsaan (SMK) | Tempoh Pengajian | Jam | Jam Kredit |
PE1 | Pendawaian Permukaan Fasa Tunggal | 4 bulan | 480 | 12 |
PE2 | Pendawaian Pembuluh dan Sesalur Fasa Tunggal | 4 bulan | 480 | 12 |
PE3 | Pendawaian Pembuluh (Permukaan & Tersembunyi) dan Sesalur Tiga Fasa | 4 bulan | 480 | 12 |
PE4 | Pemasangan Mesin Elektrik Tiga Fasa | 4 bulan | 480 | 12 |
PE5 | Pendawaian dan Penyenggaraan Elektrik Industri | 4 bulan | 480 | 12 |
JUMLAH | 20 bulan | 2400 | 60 |
No comments:
Post a Comment