Program Unit Elektrik







Automatic Slideshow


Change image every 2 seconds:


1 / 3


Caption Text


2 / 3


Caption Two


3 / 3


Caption Three










Terkini..

Sunday 13 May 2012

Logo Rasmi Terbaru Kementerian Pengajian Tinggi

Logo Kementerian Pengajian Tinggi telah mengalami sedikit pengubahsuaian pada bahagian text. Perkataan "Kementerian Pengajian Tinggi" yang sebelum ini mengelilingi logo telah ditukar ke bahagian kanan logo dengan huruf KPT dibesarkan, dan perkataan Kementerian Pengajian Tinggi dibawahnya.

Logo Baru

Logo Lama

Untuk maklumat lanjut berkenaan logo KPT sila klik pada link berikut <KPTLogo>

Wednesday 2 May 2012

Jawatan Kosong! - Pensyarah PSH Bidang Elektrik Dibuka Semula



NEW! Kolej Komuniti Kuala Terengganu sekali lagi mempelawa mana-mana lepasan Diploma atau Ijazah untuk menyertai kami sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH).

  • Terdapat 2 kekosongan jawatan di Bahagian Elektrik.
  • Terma jawatan adalah secara kontrak selama 3 bulan ( *disambung mengikut keperluan ).
  • Mereka yang memiliki Sijil SKM amat dialu-alukan.

KEPADA MEREKA YANG BERMINAT:
  • Sila datang sendiri ke Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan membawa Resume, Sijil Akademik dan Sijil Sokongan, serahkan kepada Ketua Program Pemasangan Elektrik, Tengku Azman (019-9858599).
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mei 2012.

Tuesday 17 April 2012

Ke Arah Pensijilan MQA

KKKT kini dalam proses pensijilan MQA dua daripada lima Program yang ditawarkan iaitu Program Pemasangan Elektrik (PE) dan Program Servis Kenderaan Ringan (KR). Penyelarasan tugas ini dibuat oleh Unit Kualiti dan Jabatan Kejuruteraan & Kemahiran yang melibatkan semua pensyarah SMK PE dan KR.

Sesi perbengkelan selama dua hari dirancang untuk tujuan penyediaan dokumen iaitu pada 19 April 2012 dan 30 April 2012 yang melibatkan semua pensyarah SMK Teknikal dan AM (PWK) iaitu seramai 60 orang peserta. Semoga usaha ini beroleh kejayaan kelak.

Tuesday 17 January 2012

Jawatan Kosong! - Pensyarah PSH Bidang Elektrik di KKKT

Kolej Komuniti Kuala Terengganu sekarang mempelawa mana-mana lepasan Diploma atau Ijazah untuk menyertai kami sebagai Pegawai Sambilan Harian (PSH).
  • Terdapat 3 kekosongan jawatan di Bahagian Elektrik.
  • Terma jawatan adalah secara kontrak selama 3 bulan ( *disambung mengikut keperluan ).
  • Mereka yang memiliki Sijil SKM amat dialu-alukan.

KEPADA MEREKA YANG BERMINAT:
  • Sila datang sendiri ke Kolej Komuniti Kuala Terengganu dengan membawa Resume, Sijil Akademik dan Sijil Sokongan, serahkan kepada Ketua Program Pemasangan Elektrik, Tengku Azman (019-9858599).
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Januari 2012.

Paparan Terbaik

Menggunakan Firefox Quantum / IE11 pada Resolusi 1270 x 720 pixels.