Program Unit Elektrik







Automatic Slideshow


Change image every 2 seconds:


1 / 3


Caption Text


2 / 3


Caption Two


3 / 3


Caption Three










Terkini..

Saturday, 17 September 2011

Gotong Royong 1MG 1MC di Kg Pasir Tinggi Meriah

Pasir Tinggi, 17 Sep 2011 - Gotong Royong yang melibatkan semua staf KKKT dan beberapa institusi lain berlangsung meriah petang semalam sempena Program 1Malaysia Green 1Malaysia Clean anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu dengan kerjasama KKKT dan JKKK Kg Pasir Tinggi.

Turut menyertai program adalah pelajar dari KK Selayang, KK Kuantan, PoliKTrg, dan PoliKB. Program yang bermula jam 2.00 petang itu turut diserikan dengan kehadiran Tn. Hj Wan Nasir dari JPKK dan Pengarah KKKT Pn. Radiah Che Su.

Program tersebut adalah lanjutan daripada program berkayak merentasi sungai Terengganu yang bermula di Kuala Berang pada sebelah pagi semalam dan berakhir di Kg Beladau Kepong, K Trg pada 18 Sep 2011.


Slaid berikut memaparkan selingan peristiwa sepanjang program gotong royong tersebut:

Friday, 16 September 2011

Khidmat Komuniti Pemasangan Elektrik di Kg Beladau Kepong

SATU KEJAYAAN... Terima kasih kepada semua yang terlibat.

K.Trg, 12-15 Sep 2011 - Latihan amali pemasangan elektrik yang dilaksanakan oleh pelajar SMK di 30 buah rumah penduduk Kg Beladau Kepong berakhir Khamis merupakan satu kejayaan besar khasnya kepada Unit Pemasangan Elektrik, amnya kepada Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Program yang dirangka melalui pelan Program Latihan 1Malaysia telah disertai oleh 33 orang pelajar dan 8 orang pensyarah pengiring. Sepanjang program dijalankan, pelajar telah mempamerkan kemahiran yang dipelajari di kampus dengan membuat penyenggaraan litar dan tambahan litar kecil yang sangat membantu penduduk kampung memperolehi kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua pelajar dan pensyarah amat membanggakan sehinggakan sanggup pulang lewat untuk menyiapkan kerja-kerja pendawaian yang dijalankan. Syabas dan tahniah diucapkan!


Slaid berikut mengandungi selingan gambar kerja-kerja yang dilaksanakan:

Tuesday, 6 September 2011

CAP Kolej Komuniti & PSPTN

CAP (Critical Agenda Project) atau Projek Agenda Kritikal Transformasi Kolej Komuniti adalah salah satu agenda kritikal dalam kerangka transformasi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Bagi menyegarkan kembali (refresh) memori kita berkenaan dengan pelaksanaan PSPTN di peringkat Kolej kita, marilah kita bersama-sama meneliti kandungan slide persembahan berikut:

Sunday, 4 September 2011

Elaun Wang Saku Program Modular di Kolej Komuniti

Bahagian Biasiswa KPT bersetuju untuk mengedarkan elaun wang saku pelajar (EWS) Program Modular sebanyak RM250 sebulan bermula Ogos 2011. Pembayaran akan dibuat pada September 2011.

Maklumat lengkap berkenaan EWS ini boleh diperolehi pada Presentation Slaid berikut:

Tuesday, 23 August 2011

Selamat Menyambut Lebaran 1 Syawal 1432H




"Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" 

Marilah kita bersama-sama meraikan kemenangan mengharungi Ramadhan dengan bertakbir di malam dan pagi raya. Sesudah itu, ziarahilah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai. Dalam bergembira di Aidilfitri, jangan lupa batas-batas yang ditetapkan syarak.

Semoga sebulan Ramadhan telah berjaya menjadikan kita sebenar-benar insan dan mengajar erti taqwa yang bakal merubah peribadi diri dalam mengharungi 11 bulan berikutnya. Ya Allah, panjangkanlah umur hamba-Mu untuk kembali semula ke Ramadhan berikutnya, InsyaAllah.


Ikhlas dari,

- Semua warga pensyarah STE/PE 

Sunday, 21 August 2011

Kenapa Berbuka dengan Buah Tamar?


Persoalan puasa, dan pemakanan menjadi sangat relevan lebih2 lagi dengan tragedi Diabetes yang melanda dunia skrg ini. Di India sahaja hampir 50 juta rakyatnya menghidap Diabetes..lagi ramai daripada rakyat Malaysia secara total..

1. Badan manusia tidak boleh menerima tahap glucose yang tinggi. Integriti salur darah akan semakin keras/kurang anjal dengan tahap gulang yang tinggi secara berterusan. Jadi makanan seperti tamar mempunyai Low Glycaemic Index, yang menghasilkan 'slow release of glucose'. Walhasil, badan menerima gula (glucose) untuk tenaga secara perlahan2 namun berterusan.

Namun ada yang claim tamar ada Glycaemic Index yang tinggi.Apabila kita makan makanan yang kandungan gulanya tinggi, kita akan rasa energetic, namun ini dalam tempoh masa yang singkat sahaja, kerana insulin akan mula bekerja menukar glucose kepada bentuk lain untuk simpanan badan. Sebab tu orang yang high dengan glucose akan kemudiannya segera menjadi letih setelah kandungan glucose jatuh mendadak.

2. Ada banyak lagi makanan lain yang bertindak sedemikian. Barangkali kurma juga dimakan Nabi kerana ia mudah tumbuh, mudah disimpan, tahan lama dan kesan2 kebaikan yang lain eg laxative effect, preventative for cancer etc.

3. Kalau nak dilihat daripada perspektif kesihatan semata2, berdasarkan research moderate amount of alcohol pun boleh mengelak diabetes...justeru meyakinankan kita amalan sunnah Rasulullah lebih daripada sekadar kefahaman ilmu sains, namun berkait rapat dengan Iman.

4. Ada juga research yang mendapati tamar mampu untuk pacify hunger. Jadi ini mengelakkan si pembuka puasa terlebih makan semasa iftar.

"Salam Ramadhan"
- Dari semua Pensyarah STE/PE

 

Monday, 8 August 2011

Selamat Menghayati Ramadhan Al-Mubaraq



 

FAKTA RAMADHAN
  1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 
  2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
  3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
  4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
  5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
  6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
  7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
  8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
  9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
  10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
  11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 

"Salam Ramadhan" 
- Daripada semua Pensyarah Teknologi Elektrik


d: 08 Ogos 2011
t: 06:52 pm

Paparan Terbaik

Menggunakan Firefox Quantum / IE11 pada Resolusi 1270 x 720 pixels.